CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 25, 2011

today



TODAY:


AND

Saturday, December 24, 2011

first anniversary


HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO "REALITIDAYAH"
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

Hari nie genap 1 tahun blog aku...
Walaupun tak la seHOT blog orang lain..
tapi ni hasil usaha aku dan kerajinan aku..
menulis dan menaip sampai la ke harini....


1taun yang lalu..
aku buat blog ni untuk sesorang...
walaupun kami jauh dimata tapi tetap dekat dihati..
so aku dedikasikan setiap entry yang aku buat adalah untuk dia...


walaupun jauh macamana pun..
dia masih boleh tahu apa aku buat..
ibarat macam aku bercerita kat dia laa..
sampai sekarang aku tulis blog ni untuk dia walaupun dia dah tinggalkan aku..



Wednesday, December 21, 2011

kenangan

assalamualaikum w.b.t..
selamat petang...
salam sejahtera...
salam satu malaysia....

Ari ni satu hari aku sakit kepala...
aku tak pasti apa yang aku PK sampai aku sakit kepala mcm ni...
dan aku tido sepanjang hari dan sekarang baru aku terpacak
depan laptop selepas makan ubat.....baru ok skit..

harini aku ada "kerja" yang adik aku suruh buat...
kerja apa agi mengedit tesis nya..
dia pun dah sent kat email..
so skrg aku tgh tengok...dh mcm prof da...baru cikgu laaa...

bila ingat zaman zaman buat final projek ni..
benda lain xbukan pemboleh ubah..
pemboleh ubah bersandar
pemboleh ubah x bersandar..
bukan FASHA SANDAR.....hihihihi..

semalam ngah kemas kemas aku ada terjumpa buku latihan SEM 6..
adalah sikit sikit note note pasal PENYELIDIKAN...
kalo ada banyak tu bukan aku yang tulis...
aku tak rajin mcm korang fikir...kalo fikir la...

SAMBUNG CERITA BERIKUT:

AKU SANGAT MENGANTUK....lalu aku pun membayangkan katil. tapi sebelum tu
teringat perut aku yang berbunyi mendendangkan pelbagai lagu..
membuatkan aku pun menyanyi...aku bertambah mengantuk jika duduk saja mcmni.
Teringat saja aku pada kampung halaman yang indah. Bunyi-bunyi itik dan ayam 
memanggil tuannya kerana lapar. Terfikir oleh aku untuk mengutip botol-botol
kosong untuk dijual oleh apex yang akan datang petang nanti dengan lori kepala merah.
Namun aku juga teringat kucing ku yang nakal dan tak makan. "aduh, mcmana ni?" 
perut aku pun tidak diisi lagi. bagaikan tong kosong dah nie. duit pun tak de. apa nak digadai?
gadai ler stok stok kasut sukan yang boleh digadai ke kedai bundle. dapat 50sen pun tak pe.
dapat gak beli kuih wat lapik perut..perut plak mengada-gada. time pagi je nak menyanyi.

PERSOALANNYA
"adakah lapar mempergaruhi mengantuk? atau mengantuk mempengaruhi lapar?"

PEMBOLEHUBAH BERSANDAR: LAPAR
PEMBOLEHUBAH X BERSANDAR: MENGANTUK

OREN: DIEE
MERAH: AKU
BIRU: SUE

DALAM CLAS DR. KOK LIAN YIE
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN


P/S: RINDU GILE KAT KORANG....
BILA BOLE KUMPUL MCM DULU DULU :(

Tuesday, December 20, 2011

tv punya pasal

tersebut la kisahhhhhhh...
satu ceritaaaaaaaaaaaaa....
ayah, ibu dan jugaaa anaaakkkkk
* kena baca dalam nada syair...baru la gempak...

entry kali nie pasal 'tv' atau dalam omputehnya televison..
zaman dolu dolu tv ada color putih ngan hitan je...
sekarang dah banyak da color aku tengok....hehee
kalo rabun color tu aku x tau la...mcmne....

kisah ayah,ibu dan ank yang gado pasal 'tv'
yang bergado atau lawan lawan mulut...
kerana tidak puas hati dengan diri masing-masing...
akibatnya bil letrik melambung lambung seperti saham DBKL di BSKL...

si ank suka tengok tv hingga larut malam
si ibu suka cerita cerita indonesia..
si ayah suka cite WWF...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
FINE!
si ank tu adik aku
si ibu mak aku
si ayah tu ayah aku...

mereka bertiga sangat suka tengok tv..
sampai gado gado..
dan yang menang adalah mak aku..
yang lain buat buat suka tengok cite indonesia..

dan aku...
hari hari on9 mengadap laptop mcm saham berjuta juta..

blog baru

HaHaHaHaHaHaHaHa....
Gelak besar besar......
kenapa weh??

sebab blog aku dah jadi lain..
jadi buruk...
tapi aku suka....

tanda aku sangatlaaaa kreatif dan teror..
sampai lah blog aku jadi macam sekarang...
semua ni aku belajar sendiri dari satu blog ni...

apa apa pun...
tahniah untuk diri aku...
sebab dah buat satu perubahan...hahahaa

Monday, December 19, 2011

sesuatu yang berat

tengok jela title kali ini.....
memang sesuatu yang sangat berat untuk aku hadapi...
ak nak menaip ni pun rasa sangat sangat berat jari ini...

kadang-kadang aku terfikir apa yang aku nak dalam hidup ini?
bila tiada aku mencari sehingga ada...
bila sudah ada aku rasa ia satu beban untuk aku....

aku sendiri tidak tahu apa yang aku cari...
kerana aku hanya manusia biasa...
kekadang sangat ingin kesempurnaan...

sehingga....
yang baik aku tetap nampak buruk...
yang buruk sudah pasti sangat teruk untuk aku...

aku telah cuba untuk menerimanya...
aku tahu sudah banyak petanda dia untuk aku...
namun, aku cuma rasa itu satu kebetulan....

dalam jiwa aku kosong...
dalam hati aku tiada ruang untuk dia....
adakah aku kena berterus terang???

tapi...
mampukah aku?
kuatkah aku?

Monday, December 12, 2011

kira kira

entry kali ni pasal kira-kira....
kira-kira apa erk?

kira umur?
kira duit?
kira dosa?
kira pahala?

ikut korang laa nak kira apa pun..
yang pasti sebab kira-kira ni aku tido dari kul3.30 petang hingga kul6.30
dasyat sungguh kira-kira ni....
tu pun sebab mak aku yang kejutkan aku suruh solat asar...


f(x)= 3x2 -7x +2
apabila f(x) = 0

3x2 - 7x + 2 = 0
(3x-1) (x-2) = 0
             3x-1 = 0
                    x = 1/3

atau 

                x - 2 = 0
                         x = 2  #


benda ni la buat aku pening then tido tak ingat dunia...

Saturday, December 10, 2011

hot story


firstime entry pasal ombak rindu...
ombak pun ada rindu kan? kan?
yang aku tahu OMBAK JAHAT!!!
macam dalam iklan TV...

ombak rindu ni sebuah movie adaptasi novel fauziah ashari..
aku pernah la baca novel dia..tapi macam ingat ingat lupa gitu..
dengan semangat wajanya aku dah 2kali KHATAM tengok wayang dia..

so..
kalau diorg dah cecah 5juta ke apa ke aku la penyumbang dia dapat kutipan yang WowWww tuuu...
bangga jap..tolang anak bangsa sendiri...
walaupun habis duit aku...hahaha..

bila kawan-kawan musuh dalam selimut tanya aku 
"N, best x cite dia?"
aku xbole bagi jawapan samada best atau x...
nak tau elok la beratur,beli tiket then tengok ngan biji mata korang..

dan aku agak pelik bila ramai post kat FB ckp ombak rindu sedih...
menangis2, meraung2 dorang tengok...
sumpah aku cakap..
aku tengok 2x pun tak nangis...

adala jugak part sedih..
baru je feel tu dtg...
dah tukar part lain...
orang cool macam aku ni susah nak jatuhkan air mata...
mahal kot....

so kesimpulannya:
aku hampir kena tengok ombak rindu tuk kali ke 3
dan nasib panggung full...
kalau x 2jam nak duk dalam tu dengan cite yang sama....



REDHA ITU IKHLAS
PASRAH ITU MENYERAH





ni novel OMBAK RINDU~

tercipta untukku


YA ALLAH...
seandainya dia tercipta untukku...
dekatkan hati ku dan juga hatinya...
berikan aku kekuatan untuk menerimanya seadanya...

YA ALLAH..
seandainya dia tercipta untukku..
peliharakanlah hubungan kami agar tidak terpesong jauh...
satukan hati kami dan biarkan cinta kami lillahi taala...

YA ALLAH...
seandainya dia tercipta untukku...
sejukkan pandangan mata ku tiap kali aku memandangnya...
perkuatkanlah cintaku padanya...

YA ALLAH..
seandainya dia tercipta untukku...
bukakan segenap hatiku untuk dia...
permudahkan segala urusan kami di dunia dan juga akhirat...

Thursday, December 8, 2011

maafkan aku untuk kali ini

Maaf atas segala yang berlaku...
tak ingin aku ulanginya untuk kedua kali..


Kemarahan yang kau pendam
Lahir dari perbuatanku...
dan aku mengerti
sekiranya kau membenciku..
lalu menyisihkan diriku..


Jika tiada maaf bagimu..
apalah dayaku..
kerana yang bersalah adalah AKU...
seorang insan yang tak punya apa-apa...
Hanya sekeping hati yang merasa berdosa....


MAAFKANLAH...
Kesilapan itu kesilapanku...
Lakukanlah apa yang kau mau..
Anggaplah aku seorang penipu..
dan akulah yang bersalah...


SEBUAH KEMAAFAN....
HANYA ITU YANG KUPINTA DARI MU....


Monday, August 22, 2011

myvi puteh

salam ramadhan buat semua..
yang harini dah masuk hari ke 22
kejap je kan puasa taun ni..
lagi 8 hari insyaAllah seluruh umat islam akan meraikan kemenangan...
entry kali ni nak cakap pasal kereta..
kereta apa?
kereta myvi yang buat aksi melampau..
dan xberadab ketika bulan puasa...
niat suci aku sedikit terganggu...
kesabaranku diuji..
keimananku tergoncang..
semua gara-gara myvi puteh yang berhati sangat mulia..
berlaku sangat sangat la pantas...
ni ketika nak g beli roti john tuk juadah berbuka..
kaki kiriku di langgar oleh myvi puteh CCK 97..
dari arah belakang..

kesannya..
aku tergagap gagap time nak beli roti john..
aku jadi emo pada housemet aku yat dan neno..
aku xbole nak tolong dorg masak..
semalam aku xbole tido..
sekarang aku pergi sekolah terhinjut-hinjut..
buku lali aku bengkak..

kepada pemilik CCK 97 myvi puteh..
kalo ak ilang sabar agaknya dah remuk kereta ko ak kerjakan...
dan pastinya aku buat report polis...

Sunday, July 31, 2011

"dia" datang lagi


"ku mengharapkan ramadhan kali ini...
penuh makna..
agar dapat ku lalui dengan sempurna..."





assalamualaikum dan salam ramadhan...

insyaAllah..
esok seluruh umat islam akan menjalani ibadah puasa selama sebulan..
iaitu rukun islam yang ke tiga...

semoga kita semua memperolehi fadhilat-fadhilat pada bulan yang mulia ini...
semoga kita semua memperolehi sejuta keberkatan..
semoga segala kebaikan dan amalan kita diterima oleh ALLAH s.w.t

Abu Hurairah menyatakan : 
Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 
 
 
P/S: salam ramadhan buat kaum keluarga, sahabat handai..teman teman seperjuangan
serta seluruh umat islam diseluruh dunia...

Friday, July 29, 2011

dari kaki, kepala, dada dan jaring

SHAFIQ RAHIM membawa bola..
hantar kepada rakan AMIRULHADI..
oHH! AMIRULHADI xlepas....

S KUNALAN mengejar dan terus mengejar..
bola keluar..
lontaran ke dalam oleh MAHALI JASULI..
terus kepada MUSLIM AHMAD..

dapat kepada AIDIL ZAKUAN
hantar kepada BADDROL BAKHTIAR..
hantaran jauh untuk  SAFEE SALI..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

MALAYSIA KALAH..SEKIAN

Monday, July 25, 2011

bila dah buka mulut

isteri sheikh muszaphar lahir bayi menerusi kaedah bersalin dalam air~

Jangan ulangi lagi- Rajagopal~

United pamer kekuatan sebenar  ~

antara tajuk tajuk berita dalam akhbar kosmo 25 julai 2011
 yang lebih BOM pasal bola kalah dengan singapore 5-3..
dalam aku duk baca berita berita yang agak menarik dan pastinya pasal
sukan tertiba MOOD sukenya ni mati gara gara satu berita yang SWEETnya...
tajuknya:
"PERKAHWINAN BUKAN BISNESS"

bila aku tengok je muka diorg terus darah dan suhu badan aku up..
kalo pegi check kat hospital ni mesti dah dapat MC..
kalau aku nak MC free aku tengok muka dorg aku akn terus dapat MC..hahaa

setiap manusia pernah buat salah..
tapi aku cuma tak bole nak terima kesalahan mereka tu..
maybe dah banyak benda ni terjadi tapi aku je yang tak sedar atau dah nasib diorg sebab time diorang aku baru tersedar..hahhaa

dari cakap cuma rakan sekerja, then bertunang dan sekarang nak kahwin..
WTF!! "dia ada ketika saya susah"
lelaki memang mcm ni..
mudah lupa atau sengaja terlupa atau diorg mmg akan jadi lupa...

naik turun terjun panjat mahkamah..
cermin mata besar color itam..
muka suci je...
macam xpenah wat salah..

aku nak stop sebab nanti ag banyak aku mengata diorg..
pahala dah la xbanyak ni nak bg kat diorg pulak..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
pix pas kuar dari mahkamah..seronoknya!!

merepek tapi bukan makan kerepek

last week banyak benda yang dah terjadi dan berlansung dalam hidup aku ini...
samada dalam kehidupan biasa ataupun kehidupan sebagai seorang guru..
banyak cabaran dan dugaan yang perlu aku, kau, kita dan semua manusia yang berada atas bumi ini perlu hadapi...

ada yang kita perlu hadapi berhari hari, berbulan bulan malah ada yang kita kena hadapi bertahun tahun...
semua ini mematangkan kita dalam menjalani kehidupan seharian..

yaa..
aku sebagai manusia yang baru nak melangkah kadang-kadang aku tewas dalam segalanya...
walaupun kadang kadang aku rasa aku cukup kuat untuk hadapinya..
sebagai manusia biasa yang sering lupa dan alpa..
aku tidak terkecuali melakukan kesilapan..

"nobody is perfect"
perpatah ini sudah mengambarkan kita semua yang tercipta di muka bumi ini tidak penah sempurna..
dan kehidupan ini ibarat "PUZZLE" 
manusia manusia yang tidak sempurna ini la bila kita bersatu, bercantum akan membentuk satu lukisan yang cukup indah...



Monday, July 11, 2011

waktu free


habiskan seharian di sekolah dengan preparation for bicara akademik form 1,2 dan 4...

lengguh kedua dua kaki ku yang cantik ini sebab ulang alik angkat kerusi, angkat karpet 

untuk penuhi permintaan "org-org atasan" aku org bawah jeee....


yang kecik tu aku~ haha..

bila dengar lagu ni buat hati rasa tenang je..masalah ada macam xde...kamu try la....


alif satar-cukup indah~

Sunday, July 10, 2011

Broga Hill

starting of this month "julai" cakap pasal BROGA HILL

walaupun dah berzaman benda ni berlaku...aku still nak cakap pasal kejayaan aku dan 

kawan kawan menuju puncak BROGA HILL.... ~poyo~

aku pun dah lupa tarikh kami mencipta sejarah tuk diri sendiri...

seawal 5pagi kami dah gerak menunju ke BROGA HILL di semenyeh, selangor..
semua tak tahu mana tempat tu..kami main redah je..~nasib sampai~

akhirnya kami sampai...ramai gile orang...
ingat kami kami je yang ada...

semua nak tengok SUN UP kot...~sunrise~
berbekalkan "cahaya sentuhan", air mineral dan sedikit makanan..

akhirnya kami sampai bila azan subuh berkumandang...~offday~

JOM!! tengok pic pic kami yang excited ni... 


1.
steady wan neno ngan munyati...aku mana?

2.
zarip!! mana aku ni??

3. 
aku dah jatuh meyembah batu daa~

4.
steady saing saing!~

5.
aku menyorok disebalik wan neno~

6.
kami dari PJ GEMILANG~

7.
tunggu sun up lambat...tido jap~

8.
dah nak kuar da matahari~

9.
aarrrGGHHH!! 

10.
KU UKIR NAMA KU DI AWAN BUKIT BROGA~ hahaa


11.
puncak broga~

P/S: mungkin hanya bukit broga tapi kami bangga dengan diri sendiri..
kalau ada camping lom tentu kami nak pegi dan naik..
banyak ag planing kami..hope dapat tunaikan b4 puasa..

Friday, June 24, 2011

cari pasal

WTF!!! meme sial!! ambik ko mukadimah entry kali ni bukan dengan ayat ayat yang suci...

tapi maki hamun yang penuh di mulut...

why? why? nape ngan aku ni? selalu entry ok ok je....

masuk kandang kambing mgembeekk!! masuk kandang harimau mengaum!!

kalo kau masuk kandang harimau duk meow..meow...arwah lah korang....

benda ni dah lama aku simpan...harini baru ada kesempatan masa dan waktu untuk aku 

menaip kat blog ni...

makin lama makin naik meyampah aku tengok muka hamba Allah ni sorang...

x kisah la dia pun benci tengok aku...yang penting "lu sudah masuk kawasan gua"

hahahahaa....kawasan mana entah aku punya....

makin hari sakit pulak bijik mata aku tengok, bijik telinga kau mendengar....telinga ada 
bijik ke? xkisah lah...

"kau ingatlah skit kau tu bukan lama pun...jaga laa imej ko tu jangan buat buat pandai dan 
hebat"


************************************************************************************

 pic xde kaitan ngan entry...

Wednesday, May 18, 2011

16 mei?

Selamat Hari Guru Pada Semua Warga Pendidik...
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

hari ni adalah hari kedua aku sambut HARI GURU dan
hari pertama secara rasmi sebagai GURU..
Pernah sambut tahun lepas tapi sebagai GURU PRATIKAL..
tapi guru jugak kan? kan?
 
Sangat-sangat terharu dapat panggilan dari makcik aku wish happy teachers day...dia orang pertama yang wish tuk aku...dan kedua dari adik kesayangan aku..terharu...
pegi sekolah student wish happy teachers day...
tersenyum bangga aku...
itu bermakna diorang sedar kehadiran aku di sekolah..



So dikesempatan ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku dari aku tak tau apa-apa sampai la sekarang aku pulak yang bergelar guru.
terutama pada cikgu-cikgu sek kebangsaan seberang dungun..cikgu razalina, cikgu zaliha, teacher fatimah, cikgu anang, cikgu kamarudin, cikgu hajah hindun...
Cikgu-cikgu di SMK Pulau Serai...cikgu noraini,cikgu zarina, cikgu norlela, cikgu hasnolida, cikgu sheikh nasir, cikgu ribuan dan ramai ag..semua masih segar dalam ingatan..
Cikgu-cikgu di SMK Sultan Omar..cikgu norpihah, cikgu sidek, alamak alamak...aku lupa la cikgu sekolah ni...mcmne ni?
 dan pada sapa-sapa saja yang bergelar guru...
SELAMAT HARI GURU...

Tuesday, May 17, 2011

wesak day

suka..suka...suka...hehehe...nape suka sangat ni ha? nape? nape?
sebab harini cuti...tak perlu bangun pagi pagi buta...boleh tido sampai lebam..
suka..suka..suka...hahahahaha...gelak besar aku sebab cuti..walaupun sehari je.. dan esok pergi kerja seperti biasa...

cuti sehari tapi planning macam cuti seminggu..nak pegi sana laa...tengok wayang laa..macam macam...last last semua tak jadi sebab ada problem tertiba tiba...tapi still kuar gak..bangun tido roomate ajak brekpes kat kedal BISMILLAH..nak makan roti canai yang lembut lagi sedap..hahaha....pas makan semua mula la gerak ke putrajaya..harini dah terniat nak cari MASKOT tuk kejohanan renang pada bulan JULAI nanti..cari awal awal supaya kerja siap awal awal..boleh goyang kaki..

pergi maydin putrajaya...hmmm...kecewa xde yang berkenan dihati dan xde stok..pastu gerak ke MINES..ngah2 jem depan mines tertiba kereta 'panas' apa erk orang panggil..aku xtau la..pegi bengkel check apa apa yang patut dan nape jadi macam tu..rupanya kipas tak jalan...kete jadi panas..aiishhh!! bahaya bahaya....bole mati tau...

aku ngan kawan aku pegi kedai cina yang kitorg pegi seminggu yang lalu..sebenarnya kete tu pernah ada problem sebelum ni kira baru repair laaa...uncle cina ni orang dia cool je..tapi dia ada pembantu yang tak bertauliah..pembantu dia ni ada 3 orang..apa apa tnya la pembantu uncle ni...buat sakit hati je..uncle lum cakap apa apa dia yang cakap dulu..kitorg yang tengah panas ni bertambah panas...


ni la uncle yang repair kereta..


ni pembantu yang kalau kami xsabar dah lama kena baling batu...
1. yang berdiri dekat kereta, 2. duduk pkai cermin mata, 3. yang duduk kaki 1 ats kerusi

ni lah yang rosak..kipas dan motosikal..hehe


pas baiki semua..kami masih semangat pegi mines dan cari MASKOT. Tak nak cerita banyak tapi tengok jela pic pic kami...cari MASKOT punya pasal...

bukan bear ni nak jadikan maskot..rejected..

bukan juga yang ni...

ni pun bukan jugak...budget xcukup...

ni last choice...tapi tetap xcukup budget...

puas aku PK ni OLANG aku nak wat MASKOT...JIMAT...hahahaa
sori zarifah...


P/S: time nak balik ada orang gado...jangan gado pasal parking kereta...isk isk..