CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 22, 2011

sepanjang perut di isi

baru balik dari makan...

malam ni tuka selera makan kat luar...
hahaha..tapi smlm pun makan kat luar..malam sebelumnya makan kat luar jugak...
pendek kata hari hari makan kat luar. aku memang malas masak pun...

sesampai je kat kedai..
kedai mana lagi..kedai makcik pakcik aku la MAULANA..
tea o ais dengan nasi goreng kampung.
kampung mana? kampung pandan...hihihi..

tengah tengah duk tunggu order aku akan tiba..
aku duk la PK PK lepas ni nak buat apa...
nak makan berapa minit ni.
tengok kat tangan jam xpakai..
raba raba poket fon xbawak..
WTF!! macamna nak tau jam berapa sekarang..

mata melilau lilau tengok kedai nak cari jam..
ok tak jumpa..
cuma ternampak jam tuk punchcard je..
terdetik kat hati "diorg pon pnchcard gak ke"
pastu gelak sorg sorg..."ingat kedai ni bapak ko ke xnak pnchcard"

order tak sampai sampai ag...
Hmmmm....ramai orang malam ni...
perut dah bunyi bunyi..
sambil nyanyi lagu boria pulau pinang...

mata terpacak kat TV..
WWE...
nape la ada orang buat cerita macamni..
pastu ada pulak yang sanggup kena belasah,sepak,terajang..
bukan injury biasa, patah leher,patah tangan...
isk..isk..
dari kecik memang aku didedahkan dengan cerita ni..
ayah aku suka tengok..
sampai sanggup tunggu..
kadang kadang dah tido pun sanggup bangun..
masa kecik kecik aku tak faham sangat...
bila dah besar ni lagi aku tak faham nape mesti ada cerita ni...

order dah sampai.
makan dengan penuh nafsu..
tertiba datang pulak orang buta d bawa oleh orang celek untuk minta sedekah..
aku bagi la..kecian..
dia bagi aku tisu..
dah jadi budaya bila bagi sedekah dapat percuma tisu..
kadang kadang aku ambik tisu tu kadang kadang aku tak ambik..
habis 1kedai diorg pusing..
kalau 10 meja dapat la Rm10...

"_______________"
senyum lebar X panjang aku tengok rakyat malaysia yang permurah...
suka..suka..suka..

dah makan..dah bayar..
nak balik la pulak...
time aku nak balik pakcik buta tadi saing aku..
so aku tunggu dia melintas bagai..
terdetik kat hati aku..
nak ikut mana pakcik ni tinggal yer...

ambik..pakcik ngan makcik tu naik kereta...
siap ada driver ag..


P/S: kalo xde keje aku ikut je kereta tu...



Wednesday, April 20, 2011

part 1

ENTRY kali ni adalah CERITA benar...

KISAH ni aku alami sendiri laa...

Semua gara gara ATOK bulat ni...

Sapa lagi kalau bukan YAHOO MESSENGER...

Aku ni kalau bosan bosan dan ON9 tu suka sangat masuk CHATROOM...

Saja nak hilangkan RASA bosan yang menerjah DIRI....

So dah macam macam RAGAM manusia dah aku kenal..

Oleh disebabkan aku punya ID YM aku nama nama CANGGIH camgitu...

DIORG DIORG akan tanya aku ni BOY atau GIRL...

ONE DAY...

GIRL yang BUZZ aku...

Tanya BOY atau GIRL...aku pun cakap la BOY...

(perbualan aku dengan THAT GIRL)

girl: u dah ada awek..

aku: mesti la ada (xnak kalah, biar dia PK PK aku hencem la...hahaa)

girl: 0ooHh...pernah buat apa apa x dengan GF?

aku: buat apa erk? (otak suci je)

girl: alah..tak tak faham kot....

aku: tak faham laa i tnya...

girl: i dah tak de d*ra..so u ni budak budak baik laaa?

aku: (dengan muka terkejut) haa? kenapa mesti nak bagitu yang u sudah tiada *aRA?

girl: alah..semua lelaki yang i kenal semua nak ambik kesempatan dan kikis duit i...

aku: u jangan nak sama kan i dengan lelaki lelaki yang pernah ambik kesempatan...blaaa...blaaa....blaaaa...

girl: sori sori... i bukan nak samakan u tapi ramai lelaki yang i kenal semua nak ambik kesempatan...

aku: i rasa u xperlu kot nak bagitahu pada setiap orang/boy yang you dah kehilangan yang u miliki...nampak u tu murah sangat...

girl: yelah yelah...ingatkan u orang yang macam tu...

               *******sign out********

p/s: isk..isk...kenape mesti macam ni wahai wanita wanita? adakah kamu sudah tidak kenal erti malu?
esok sambungan bila aku chat ngan kaum adam pulak...

Tuesday, April 19, 2011

rasa tanggungjawab

Setiap insan yang bergelar manusia tidak dapat lari dari sikap “BERTANGGUNGJAWAB”

Di saat roh dimasukan ke dalam badan ketika kita masih di dalam kandungan ibu, kita sudah di beri tanggungjawab untuk menjadi muslim yang sejati..

Antara kita sedar atau tidak akan tanggungjawab itu terpulang kepada setiap individu.

Namun, pada harini berapa ramai yang menunaikan TANGGUNGJAWAB kepada ALLAH?

Tepuk dada Tanya iman..

Dan berapa ramai BERTANGGUNGJAWAB atas setiap tugas yang mereka lakukan?

Dan berapa ramai yang menjalankan setiap tugas yang di amanahkan dengan  ikhlas?

Tidak kah kamu tahu wahai cucu cucu nabi adam....

Setiap apa yang kamu lakukan akan dicatat dan di soal ketika kamu berada di alam yang lain?

Alam yang menjadi perantaraan antara alam dunia dan alam akhirat? 

Iaitu alam kubur...


BERTANGGUNGJAWAB lah atas tugas dan amanah yang diberi...

Lakukan yang terbaik setiap tugas yang diberi..

Lakukan dengan seikhlas yang mungkin...

Jika kamu mahu orang “senang” dengan kamu....

Kamu pun patut lakukan “kesenangan” pada orang lain...




P/S: Den xdela baik sangat..nak orang senang dengan kita...kita kena buat orang senang...

Tuesday, April 12, 2011

pergi saja

Mengapa saat aku hampir melupakan dirimu...
Kau kembali dalam hidup aku...
Saat luka luka lama hampir sembuh...
Kau datang mewarnai kembali luka luka itu...

YA...aku akui aku terluka...
Terluka kerana kau tinggalkan tanpa sebarang pesan...
Setelah kau memberi aku janji janji palsu mu itu...

Dan...
Hari ini aku sudah dan semakin melupakan mu...
Jangan datang lagi dalam hidup aku...
Walaupun dalam mimpi...

P/S: seandainya kau terbaca blog ini, satu permintaan aku...jangan penah ganggu hidup aku lagi...

Saturday, April 9, 2011

im hot

dah lah nak jumpa susah..

bila ada peluang tak nak pulak...

pagi pagi sudah buat  aku HOT tak tentu pasal...

dan sekarang mood kan tak stabil..




Friday, April 8, 2011

two month

Sedar tak sedar...

DUA bulan dah aku POSTING...

Banyak BENDA dah aku belajar...

Aku makin SERONOK kat sini..

Walaupun pada hari PERTAMA aku rasa macam nak PINDAH jee...

Tapi bila orang TANYA.....

Aku TERSENYUM bangga....

Dan bertapa BERUNTUNG dan BERSYUKURNYA aku..

Dapat POSTING kat smk AMINUDDIN BAKI (SAB)

Walaupun kadang kadang...


PENING gak kalau d pikir pikir...

SEMUA ni dah JADI biasa dalam idup aku sehari hari..






ni pulak MEJA aku selepas 3 hari tak masuk SEKOLAH..