CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 13, 2012

IBU BUAH


Sapa tak kenal buah ni memang jangan duduk kat BUMI ni..
Pi pindah planet lain pluto ke, marikh ke mana mana jelaaa ko suka..

Aku minat gile tu tak de laa..
Tapi kalau musim dia ada laa jugak rasa nak makan..
Ayah aku memang rajin  belikan aku buah ni kalau aku nak makan...

Tapi time time aku duk kat rumah laa...
sekarang aku pegi beli sendiri jee...
Tak susahkan ayah lagi...

TETAPI...
Yang aku makin pelik dan ajaibnya..
Kenapa aku makan buah ni aku akan rasa pening lepas tu badan panas then aku demam..
Aku tak pernah arlegik pada buah berduri ni laaaa..

sekarang..
kalau nak makan ambik 2,3 ulas je.
kalau dulu 2,3 biji..

DAN 
sekarang aku tengah makan 
DURIAN CREPE
macam kat bawah ni..

DAN SEKARANG AKU NGAH PENING...





Monday, October 29, 2012

I GIVE YOU


Monday, October 1, 2012

HATI MESTI TERUS KUAT

Assalamualaikum..

Sejak dua tiga hari ni, emosi cukup terganggu...

Kesabaran semakin nipis yang memang dah nipis macam kulit bawang..

Dan tak tahu selama mana lagi aku masih boleh bertahan..

Aku harap sabar aku berpanjangan..


Aku tak pernah rasa sakit macam ni..

Dikhianati oleh orang yang sangat sangat aku percaya..

Ye..ALlAH sedang menguji aku...

Dan aku tahu aku boleh hadapi..


Sunday, September 23, 2012

AKU SUKA DIA


Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia



P/S: Kalau tanya aku 10 kali pun aku tak de JAWAPAN kenapa aku suka lagu ni.

Tuesday, September 11, 2012

BERKURUN

Memang agak lama laa jugak aku tak update kat blog ni..
maafkan aku wahai peminat-peminatku yang tersayang..
dan aku memang perasan macam ada peminat yang setia 
duk baca aku punya blog ni..

hahahaha...semua itu tidak aku kisah.
yang penting aku rajin aku taip..
kalau malas jawapannya aku biarkan blog ini
dengan sepi, pilu dan dan dan......


untuk tatapan peminat-peminat..:P

pix petang tadi kat skol.. 

YOU MAKE ME HAPPY


Setelah berkurun aku tak post kat blog tercinta aku ni..
tuttt tuttt aku bangkit dari rasa malas dengan ketandusan idea...
Hari ni sepetang melompat, bergambar dengan anak-anak murid aku yang memang gile kamera..

tengok jelaa...


 entah yang kali ke berapa nak lompat.


 Lompat..

 Lompat lagi...

then lompat..



P/S: BANYAK LAGI PIX TAPI MALAS NAK UPLOAD.

Friday, June 22, 2012

INI UNTUK AWAK!

Kita mungkin dan sejujurnya dak tak macam dulu lagi..

awak makin jauh dari saya..

dan saya cuba untuk menjauhkan lagi..

hari-hari saya tunggu awak datang..

tapi penantian saya cuma sia-sia.

saya cuba nak positifkan diri..

mungkin awak busy...

atau..


mungkin awak dah mulai lupakan saya..


dan saya tahu ada sesetengah pihak cuba nak jauhkan saya dengan awak..


cuba untuk pisahkan saya dengan awk..


saya cuba untuk bertahan..


bertahan untuk apa saja hunbungan yang kita ada..


saya akui saya rasa kehilangan..


dapat tengok awak dari jauh pun dah cukup OK untuk saya..


tapi sampai bila saya nak buat macam tu??


sekarang awak dekat walaupun jauh..


nanti bila awak dah betul-betul jauh saya nak tengok awak macamana erk??

ku kan selalu megenangmu, walau engkau pun tidak lagi merinduku..


P/S: Jangan tinggalkan aku.

Saturday, June 2, 2012

45 Hari

Semalam genap 45 hari mokteh pergi untuk selamanya...
ada buat bacaan yassin untuk mokteh..
moga mokteh tenang disana..
moga mokteh tergolong dalam golongan orang yang beriman... insyaAllah...

Sayunya hati ni bila ingat yang mokteh dah takde,
walaupun mokteh tak banyak cakap tapi rasa sangat kehilangan,
bila nak panggil orang lain harap sangat tak tersasul panggil "mokteh"
terakhir dapat cakap ngan mokteh cuti sekolah bulan 3.


dan tak sangka secepat tu mokteh pergi..
17hb April 2012 menjadi satu detik dan memori yang tak kan lupa..
saat mokteh hembus nafas terakhir aku ada disisinya..
melihat keadaan mokteh redha dia pergi tapi 
aku masih berharap aku masih boleh bercakap ngan mokteh..


tepat pukul 1.45 petang mokteh disah dah takdeee..
masih terbayang-bayang apa yang terjadi dalam wad time tu..
aku hanya mampu menangis dan menangis...
mokteh..N rindu sangat kat mokteh...


bila semua urusan kat hospital settle..
bawa balik jenazah mokteh ke umah kat durian mas...
dimandikan, dikafankan dan juga disolatkan...
alhamdulillah ak sempat membantu dalam urusan mandi dan kafankan jenazah..


cuma itu saja yang aku PK ak boleh dekat dengan mokteh untuk kali terakhir,
dan juga pengalaman pertama buat aku mandikan jenazah..
saat aku tulis ni aku masih terbayang semua itu...
tepat jam 7.00 malam siap dikafankan dan dibawa ke masjid untuk di solatkan..


jenazah mokteh dibawa ke tanah perkuburan orang islam al-muktafi billah shah..
pada saat-saat akhir itu aku juga menjadi saksi mokteh masuk keliang lahat..
selesai semua tepat jam 8.30 malam..
cepat sungguh semua urusan dari pukul 5 hingga 8.30 malam...alhamdulillah semua lancar.


"SEMOGA MOKTEH TENANG DISANA"




air mata ni tak penah berhenti mengalir

Wednesday, February 29, 2012

Assalamualaikum....

hai..hai..hai...

lama tak update blog nie...

bila kat luar means kat sekolah, kat kedai makan, kat JUSCO MALURI..

ada je idea nak tulis blog...

tapi....

tapi...

balik umah je terus idea idea tu hilang..

duduk depan laptop jadi kelu 1000 bahasa..

apa pun xbole...

dekat skol harini 

murid murid tengah exam

so aman damai la sekejap sekolah tuuu...

tapi yang tak aman nya..

kelas yang aku jaga exam..

dorang boleh bercakap...

tanya aku jawapan..

aduhai...

tercabarla jugak kalau dorg tanya tak dapat jawab...

tapi macam biasa ayat aku "kan tengah exam mana boleh bagi jawapan"

disebabkan ada yang siap awal aku siap surah pegi toilet..

sakit mata aku dok tengok dorg pusing kiri kanan..


#saja nak abadikan tarikh harini 29/FEB/2012

Thursday, February 23, 2012

semoga semua selamat

Harini aku dikejutkan dengan satu berita..
yang buat hati aku tak keruan..
yang membuatkan hati aku tak senang
yang membuatkan air mataku mulai jatuh...

doa aku dari kejauhan ini...
semoga semuanya selamat..
semoga semuanya berjalan lancar..
semoga semuanya dipermudahkan...




Tuesday, February 14, 2012

status sama kat FB



~BOOSSSAAANNN~

 

Monday, February 13, 2012

setahun jagung

~07/02/ 2012~

dalam sedar tak sedar dah setahun aku berada di smk aminuddin baki
rasa baru macam semalam aku datang lapor diri kat sek.
masuk bilik meeting..
kena perkenalkan diri pada semua guru.
malu sioottt!!

masih segar dalam ingatan aku..
hari pertama dah kena relif kelas 4 cekal..
sepatah pun aku tak cakap..
on laptop buka FB..
luah perasaan dalam FB..

hari pertama aku dah dapat jadual kelas..
hari pertama dah ada tempat duduk sendiri..

masuk hari ketiga 
dah kena bawak student pergi merentas desa..
dengan sapa pun aku tak bercakap..
aku tak kenal macamana nak bercakap..

Aktiviti sepanjang setahun jagung di SAB

merentas desa SAB

Langkawi


kem bersepadu


masjid negara


singapore


 jalan-jalan

bola tampar ASAT


dinner ASAT


LDP Raya

 Taman Negara

jurukamera for dinner ASAB
 07/02/2011-07/02/2012
 P/S: Menjadi memori tidak lupa <3

Thursday, January 26, 2012

rahsia "S"

harini nak bagitahu satu rahsia...
rahsia yang disimpan simpan selama ini...
walaupun ada yang dah tahu...
tapi hari nie biar terang lagi bersuluh...

mesti korang nak tau kan rahsia apa yang nak di bongkarkan pada harini..
sila tengok "title"
rahsia "S"????
apakah itu?? hahahhaaaa


pic apa ni?? 
ni lah rahsia "S" yang aku maksudkan..
Aku sangat suka salah satu "pahlawan" alamaya ku ini..
barisan belakang ketiga dari kiri dan kedua dari kanan....




nie la RAHSIA "S" aku...
SUPERMAN!!!!
i LOVE u!!
so, TERjawab sudah rahsia "S"

I
I
I
I
I
V

LAPTOP SAYA PUN NAK SUPERMAN JUGAK *abaikan yang sebelah tu


SAYA JUMPA ABG SUPERMAN


NIE CUPCAKE "SUPERMAN"







P/S: Banyak lagi pic pic dengan superman tapi upload kemudian.

mann

semalam akhirnya meleleh-leleh air mata den ni...
jiwa sensitif den trtiba datang mencurah-curah dimata den...
hati den lara...sedih sesangat...
uwaaaaaa.....uwaaaaaa.... *ops..tipu 


den ni bukan minat sangat cite hindustan..
tapi semalam d sebabkan xde cite lain den pun layan jela cite nie..
mula mula cool lagi..
sampai part umah nenek dia tu...
hati den pun jadi sedih...
air mata den pun terjun dari mata den yang comei ni...
air hidung pun turut sama kuar...


P/S: CITE DIA MEMANG SEDIH DOWWW

Monday, January 16, 2012

saat ini

jam menunjukkan pukul 12.34 pagi..
dan aku...
masih lagi berjaga atau dalam istilah sebenarnya aku tak boleh tido
dan pukul 6.00 pagi nanti aku kena bangun untuk ke sekolah...

pada saat ini...
aku sangat sangat rindukan dia....
walaupun agak susah untuk aku lafaz kan...
tapi...aku tidak dapat membohongi diri aku sendiri..

pada saat ini...
aku mengharapkan kehadirannya dalam hidup aku...
seperti waktu dulu...
sentiasa ada di sisi ku....

pada saat ini....
aku telah penat menangis...
mengharapkan kau berada di depan ku...
mengharapkan kau tersenyum pada ku...

pada saat ini...
aku masih belum mampu melupakanmu..
maafkan aku...
kerana masih menyimpan perasaan ini...

pada saat ini...
aku tidak sedikit pun melupakan mu..
apatah lagi membencimu...
datanglah dalam hidupku walaupun bukan seperti dulu..

pada saat ini...
ingin aku bertanya padamu...
adakah kau jua seperti aku?
masih berperasaan seperti dulu?


P/S: Maafkan aku atas kekasaranku dan juga atas perasaan ini...

Monday, January 2, 2012

masa dolu dolu


masa taski dulu:
> asyik malas pegi sekolah dan buat buat deman.

masa tadika dulu:
> tukar sekolah tadika. menangis macam orang tak betul sampai makcik kena tggu.

masa sekolah rendah dulu:
> selalu datang sekolah awal..pukul 7 dah sampai sekolah..
> duduk kelas  merah. kelas paling depan
> tak ramai kawan sebab pendiam.
> jadi pustakawan pkai tudung dengan kain color merah baju putih.
> kena buli dengan "awang"
> bawak basikal datang sekolah, balik jalan kaki sebab lupa..
> pernah kena angkat dengan cikgu kamaruddin sebab pendek sangat dan tak sampai nak tulis kat papan hitam
> pernah kena berdiri atas kerusi sebab tak siap kerja sekolah math
> kena ketuk kepala dengan teacher fatimah sebab salah sebut "a" tapi sebenarnya "are"
> pernah kena "taik kucing" dengan cikgu anang tiap kali tak bole jawab soalan sains.
> darjah 5 dan 6 masuk menari untuk majlis penyampaian hadiah
> jadi ahli tunas puteri sebab nak pkai tali leher
> tak pernah tahu rumah sukan warna apa
> main hoki sejak darjah 4
> pernah couple seawal 12 tahun..

masa sekolah menengah tingkatan 1:
> asyik tertukar nama kelas. nama kelas sebenar internet tapi ingat intel
> sekolah petang
> sebelum masuk kelas panjat pokok ceri
> tangan pernah luka time buat pendidikan seni
> dapat nombor 1 dalam kelas
> aktif sports

masa sekolah menengah tingkatan 2:
>  sekolah petang
> penolong ketua pengawas petang
> suka tawaf sekolah
> kena rotan sebab pegi solat lambat
> jadi iman time solat zohor dan asar
> makan dalam kelas, pinggan mgkuk kantin buang lam tong sampah sebab malas hantar

masa sekolah menengah tingkatan 3:
> masih pengawas sekolah
> ada abang angkat, kakak angkat.. *lucu
> menangis sebab tak faham satu topik subjek math
> dapat nombor 1 dalam kelas
> pernah kena kata "menggatai" dengan coach terus balik umah time tu daerah bola baling

masa sekolah menengah tingkatan 4:
> ambik aliran akaun, maths, fizik dan kimia..
> pernah TERponteng cls akaun buat pertama kalinya
> terus pindah teknik ambik aliran LK
> masuk simposium air sungai peringkat daerah dan menang
> pernah lari dari pertandingan syarahan agama sebab tak hafal skrip

masa sekolah menengah tingkatan 5:
> tukar sekolah ambik aliran sains..
> suka subjek bio dan fizik
> jadi setiausaha pengawas
> dapat anugerah "nilai murni"


P/S: mungkin nie jela yang aku ingat tentang zaman persekolahan aku..

Sunday, January 1, 2012

entry lama part 1

Entry kali nie sebenarnya kisah yang dah berhari-hari..
Kira dah basi laaa...
Tak kisah la orang nak bca ke tak..
Tapi nak gak abadikan ia kat blog ni...

mesyuarat pengurusan sekolah pada 27 dan 28 dec...
means tahun lalu laaa...
sebab time entry ni di tulis dah msk taun 2012...
So dah jadi sejarah dah cite aku ni...

walaupun aku x dela pay attention sangat time meeting tu...
sebab ia sesuatu yang sangat membosankan..
walaupun banyak input2 yang aku dapat...
tapi banyak yang kuar telinga kanan dan telinga kiri..

first day...
aku masih bersemangat mangat nak tau apa tugas tugas aku pada tahun 2012..
semangat sebab dapat jumpa kawan kawan...
semangat sebab ada sorang guru lelaki yang baru..hahhaa..
semangat sebab dah bosan duk umah..

meeting start 08.30 pagi hingga 4.00 petang..
dimulakan dengan ikrar akur janji pada tugas..
semua guru lafaz ikrar untuk menjalankan tugas dengan lebih lebih berdedikasi..
termasuk la aku yang memang dah brdedikasi hendaknya....


tugas-tugas 2012


1. Guru Angkat 1 cekal
2. Guru Kelab Renang
3. Guru skuad Anti Denggi
4. Guru Quarter Master
yang lebih penting tahun 2012 dari f1 hingga f5 aku mengajar PJK..




P/S: namun saya ikhlas menerima segala tugas yang di berikan..







welcome 2012

Kebabommm sana...kebabommm sini...
Api warna warni mula keluar...
Asap penuh kat ruang ruang udara.....
Tanda tahun baru 2012 dah datang...

So mula la orang akan PK2 apa azam taun nie..
Apa matlamat yang nak di capai..
bagi aku...
tak perlu tunggu tahun baru hari hari..
aku ada azam dan target aku sendiri...


Apa-apa pun..
HAPPY NEW YEAR 2012...
Semoga kita sentiasa dirahmati ALLAH...